Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis telah ditubuhkan pada tahun 2002 bermatlamat untuk menyediakan satu sistem pendidikan Islam yang lengkap untuk melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh. Pada awal penubuhannya, SRI Ibnu Nafis mempunyai 6 pelajar sahaja dan beroperasi di rumah kedai di Bandar Putra. Pertambahan pelajar tahun demi tahun menyebabkan kami berpindah ke beberapa lokasi dan lokasi terakhir kami ialah di rumah Indahpura, Kulai di alamat 317A, Jalan Kenanga 29/9, Indahpura, Kulai. Di sini kami menyewa lot kedai sebanyak 14 pintu. Jumlah pelajar pada tahun 2019 ialah seramai 317 orang.
Pertambahan pelajar tahun demi tahun serta keperluan kepada sebuah pusat pendidikan yang lengkap dan kondusif, maka pihak Lembaga Pengelola Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis telah membuat keputusan untuk membangunkan Kompleks Pendidikan Islam Ibnu Nafis. Kompleks Pendidikan Islam Ibnu Nafis bukan sahaja akan menempatkan Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis, tapi akan turut menempatkan Maahad Tahfiz dan Sekolah Menengan Islam yang akan ditubuhkan kelak. Insya Allah dengan adanya kompleks pendidikan ini, matlamat untuk melahirkan individu soleh pintar yang cemerlang di dunia dan di akhirat dapat dicapai.
Menyediakan saluran pendidikan berasaskan tahfiz untuk pelajar-pelajar yang cenderung ke arah pendidikan berasaskan hafazan Al-Quran disamping melaksanakan sepenuhnya konsep pendidikan berasaskan Islam.
Menyediakan segala fasiliti yang diperlukan untuk mencapai sasaran pembelajaran Tahfiz yang selesa dan kondusif dengan segalan kelengkapan yang mencukupi kepada semua pelajar yang mengikuti pembelajaran di Kompleks Pendidikan Islam Ibnu Nafis
Melahirkan modal insan yang mempunyai Pengukuhan akidah yang sebenar. Disamping mendapat penghayatan terhadap ajaran al-Quran as-Sunnah. Jesteru menjana pembentukan syakhsiah melalui amalan akhlak yang mulia.
.
Bergantung kepada kedudukan kewangan Dana Wakaf KPIIN..
Kerja-kerja pembersihan tapak dan kerja-kerja tanah.
Permohonan kelulusan plan, permit-permit yang berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan
Permohonan kebenaran merancang dimulakan pada tahun 2015 kepada Pihak Berkuasa Tempatan daerah Kulai.
Proses penukaran syarat tanah dimulakan pada tahun 2012 dan selesai pada tahun 2014.
Pembelian tanah di Kulai telah selesai pada tahun 2011
Pengerusi
Pengarah Pembangunan / Dana
Setiausaha
TN HJ KAMALUDIN BIN SAIRAN, TN HJ TUKIMAN MOHAMED, TN HJ WAN RAZALI WAN DIN, ABD AZIZ BIN JAAFAR, USTAZ KHAIRUL ANUAR ABD RAHMAN, TN HJ BAJURI BIN SUHADA, UST HELMI NOR ISHAM